Secara
ringkas, buat dulu keputusan untuk
diri anda berjaya dalam bisnes yang anda ceburi ini. Sentiasa sematkan wawasan
dan visi akhir sebagai simbolik kejayaan anda. Seterusnya tetapkan tekad dalam perancangan anda untuk mencapai
kejayaan tersebut. Tekad ini dibuat dengan merancang matlamat-matlamat yang
mesti dicapai oleh anda samada jangka pendek atau panjang. Ketiganya, belajar tentang selok belok bisnes ini. Bisnes ini
memerlukan duplikasi, jika anda tidak belajar, bagaimana anda akan mengajar ‘downline’
anda kelak? Keempat, anda perlu fokus mempromosi
bisnes anda terutama laman web anda secara ‘online’ dan juga ‘offline’ dan
kelima, anda mesti sentiasa berfikiran positif.
Bagi mendalami ringkasan
diatas, dibawah ini adalah penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dengan
lebih mendalam.
1.
Mesti Ada Wawasan atau Visi
Wawasan
atau Visi adalah SEGALA-GALANYA. Apa perkara pun anda lakukan dalam kehidupan
ini memerlukan anda mempunyai gambaran akhir yang perlu anda capai. Tanpa
sebarang gambaran akhir yang jelas atau visi (vision) yang anda mahu dalam
pemasaran rangkaian, bisnes anda akan gagal. Kenapa? Visi adalah satu bentuk
penyataan anda sendiri ke mana anda harus membawa perniagaan atau organisasi
ini. Visi mampu membentuk cara kerja anda. Tanpa visi yang jelas, anda akan
sentiasa hilang arah, hilang inspirasi, hilang fokus dan akhirnya akan hilang
komitmen terhadap bisnes ini.
Tanya diri anda sendiri,
adakah anda mempunyai sebarang visi atau gambaran akhir tentang arah tuju
bisnes anda? Kenapa anda melakukan bisnes? WHY? Mempunyai wang yang banyak
bukan visi akhir. Apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut merupakan visi
atau gambaran akhir yang diperlukan oleh anda. Ingat! Gambaran atau visi
tersebut mesti sejelas kristal di fikiran anda.
2.
Mesti Ada Matlamat (Goal)
Mereka
yang meletakkan sasaran matlamat akan mencapainya lebih pantas dari mereka yang
tidak mempunyai sasaran. Guru saya, Zig Ziglar menyatakan “Jika sasaran anda adalah tiada apa-apa maka anda akan mencapainya
setiap masa” (“Aim for nothing and you will hit it every time”).
Anda perlu tetapkan sasaran! Lebih spesifik sasaran tersebut, maka lebih baik
langkah anda untuk mencapainya.
Kalau anda tiada sasaran,
buat sekarang! Cara meletakkan matlamat anda adalah:
§ Mesti
Bertulis
§ Mesti
Spesifik
§ Mesti
ada Ukuran
§ Mesti
ada Jangka Masa
Dalam anda merangka
perancangan matlamat anda, jangan lupa isu belanjawan atau budget. Kerja-kerja
pemasaran dan promosi bisnes ini sememangnya memerlukan sedikit sebanyak
perbelanjaan kewangan.
3.
Mesti Boleh Belajar dan Mengajar!
Perkemaskan
diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari,
ambil masa untuk membina diri sendiri. Ramai antara mereka yang telah berjaya
dalam industri ini boleh anda contohi. Jika anda ambil masa untuk mempelajari
dari mereka, anda akan menjimatkan banyak masa untuk mempelajari selok-belok
industri ini. Setiap pengajaran dalam hidup ada harganya yang perlu dibayar.
Pengajaran mungkin datang dari pengalaman atau anda boleh belajar dari
mereka yang telah berjaya mengatasi cabaran dengan jayanya. Mana yang lebih
baik? Anda fikirkan..
Ketahui produk anda.
Ketahui pesaing anda. Anda mesti tahu produk anda dengan baik bagi membolehkan
anda bercakap mengenainya. Bukan bermaksud kena tahu semua dari hari pertama
anda buat bisnes tetapi anda perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit sehingga
ia lekat di fikiran. Kebolehan ini akan membuatkan anda mempunyai keyakinan
terhadap diri anda dan menarik orang untuk menyertai anda. Anda juga perlu tahu
produk pesaing agar boleh mengawal bantahan dan persoalan apabila perbandingan
produk dilakukan.
Ramai peserta yang
terlalu gopoh ingin menjana pendapatan sebelum mereka belajar konsep bisnes
ini. Apabila tiada pendapatan masuk, mereka berhenti dan menyalahkan syarikat.
Mereka ini tidak mahu membuang masa untuk latihan, membuat persembahan bisnes,
membaca risalah syarikat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan produk.
Anda
juga perlu belajar bagaimana untuk membuat persembahan tentang bisnes anda
kepada orang lain. Jangan terlalu bergantung dengan ‘upline’ kerana ia akan
menyebabkan bisnes anda gagal.
4.
Mesti Sentiasa Fokus
Fokus.
Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu
boleh menjana pendapatan. Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan
pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka
melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah
pembinaan rangkaian. Lebih memburukkan keadaan, terdapat TERLALU banyak
‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalih perhatian anda di luar sana
terutama di online menyebabkan anda perlu fokus yang tinggi kepada bisnes anda.
Bertindak mengikut fokus.
Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh
menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti
mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk
motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan
kemana.
Jangan jadi “Gila
Pelbagai MLM”. Terdapat beberapa peserta dalam industri ini yang mempunyai
kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, peserta professional seperti
mereka ini tidak lah ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula
part-time, mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya.
Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited untuk jangka panjang akan
berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat
yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus kepada satu syarikat ditambah pula
beberapa syarikat. Membahagikan masa dan tenaga untuk pelbagai syarikat akan
menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu
syarikat sahaja.
5.
Mesti Bersikap Positif - Konsisten dan Jangan Mengalah (Quit)
Konsisten.
Putrajaya tidak dibina dalam sehari, ia tidak dibina dalam 2, 3 bulan atau 12
bulan! Ia mengambil masa yang lama!. Begitu juga dengan bisnes ini. Ia
mengambil masa untuk membina perhubungan dalam rangkaian yang kita bina. Ingat!
Orang suka buat bisnes dengan orang dan bukannya syarikat. Jadi, anda mesti
ambil masa untuk membina perhubungan mantap. Itulah dia konsep bisnes Pemasaran
Rangkaian iaitu ‘membina perhubungan’. Anda mesti lakukan ini jika anda
bercita-cita mencapai pendapatan yang diidam-idamkan.
Jangan Mengalah (Quit).
Inilah perkara paling penting yang perlu difahami. Selama-lamanya anda tidak
akan berjaya jika anda mengalah (quit). Ini yang dilakukan oleh majoriti
peserta bisnes pemasaran rangkaian. Mereka bukan gagal tetapi sebaliknya mereka
mengalah. Jika dilihat diatas kertas, segala-galanya boleh dicapai tetapi
kenapa mengalah angkat bendera putih. Ya, memang terdapat faktor-faktor yang
diluar kawalan anda tetapi jika anda memahami segala cabaran-cabaran yang perlu
diatasi, anda akan berjaya menjadi pakar atau sifu bisnes ini di suatu hari
kelak.
Berikan masa kepada diri
anda sendiri untuk melihat hasil dari usaha anda di masa hadapan.
Selamat Berjaya!
“Dream
BIG and Keep It SIMPLE”
No comments:
Post a Comment