Followers

Sunday, February 2, 2014

Motivasi 1

Secara ringkas, buat dulu keputusan untuk diri anda berjaya dalam bisnes yang anda ceburi ini. Sentiasa sematkan wawasan dan visi akhir sebagai simbolik kejayaan anda. Seterusnya tetapkan tekad dalam perancangan anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Tekad ini dibuat dengan merancang matlamat-matlamat yang mesti dicapai oleh anda samada jangka pendek atau panjang. Ketiganya, belajar tentang selok belok bisnes ini. Bisnes ini memerlukan duplikasi, jika anda tidak belajar, bagaimana anda akan mengajar ‘downline’ anda kelak? Keempat, anda perlu fokus mempromosi bisnes anda terutama laman web anda secara ‘online’ dan juga ‘offline’ dan kelima, anda mesti sentiasa berfikiran positif. 
Bagi mendalami ringkasan diatas, dibawah ini adalah penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dengan lebih mendalam.
1.  Mesti Ada Wawasan atau Visi
Wawasan atau Visi adalah SEGALA-GALANYA. Apa perkara pun anda lakukan dalam kehidupan ini memerlukan anda mempunyai gambaran akhir yang perlu anda capai. Tanpa sebarang gambaran akhir yang jelas atau visi (vision) yang anda mahu dalam pemasaran rangkaian, bisnes anda akan gagal. Kenapa? Visi adalah satu bentuk penyataan anda sendiri ke mana anda harus membawa perniagaan atau organisasi ini. Visi mampu membentuk cara kerja anda. Tanpa visi yang jelas, anda akan sentiasa hilang arah, hilang inspirasi, hilang fokus dan akhirnya akan hilang komitmen terhadap bisnes ini.
Tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai sebarang visi atau gambaran akhir tentang arah tuju bisnes anda? Kenapa anda melakukan bisnes? WHY? Mempunyai wang yang banyak bukan visi akhir. Apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut merupakan visi atau gambaran akhir yang diperlukan oleh anda. Ingat! Gambaran atau visi tersebut mesti sejelas kristal di fikiran anda.
2.  Mesti Ada Matlamat (Goal)
Mereka yang meletakkan sasaran matlamat akan mencapainya lebih pantas dari mereka yang tidak mempunyai sasaran. Guru saya, Zig Ziglar menyatakan “Jika sasaran anda adalah tiada apa-apa maka anda akan mencapainya setiap masa” (“Aim for nothing and you will hit it every time”). Anda perlu tetapkan sasaran! Lebih spesifik sasaran tersebut, maka lebih baik langkah anda untuk mencapainya.
Kalau anda tiada sasaran, buat sekarang! Cara meletakkan matlamat anda adalah:
§  Mesti Bertulis
§  Mesti Spesifik
§  Mesti ada Ukuran
§  Mesti ada Jangka Masa
Dalam anda merangka perancangan matlamat anda, jangan lupa isu belanjawan atau budget. Kerja-kerja pemasaran dan promosi bisnes ini sememangnya memerlukan sedikit sebanyak perbelanjaan kewangan.
3.  Mesti Boleh Belajar dan Mengajar!
Perkemaskan diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari, ambil masa untuk membina diri sendiri. Ramai antara mereka yang telah berjaya dalam industri ini boleh anda contohi. Jika anda ambil masa untuk mempelajari dari mereka, anda akan menjimatkan banyak masa untuk mempelajari selok-belok industri ini. Setiap pengajaran dalam hidup ada harganya yang perlu dibayar. Pengajaran mungkin datang dari pengalaman atau anda boleh belajar  dari mereka yang telah berjaya mengatasi cabaran dengan jayanya. Mana yang lebih baik? Anda fikirkan..
Ketahui produk anda. Ketahui pesaing anda. Anda mesti tahu produk anda dengan baik bagi membolehkan anda bercakap mengenainya. Bukan bermaksud kena tahu semua dari hari pertama anda buat bisnes tetapi anda perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit sehingga ia lekat di fikiran. Kebolehan ini akan membuatkan anda mempunyai keyakinan terhadap diri anda dan menarik orang untuk menyertai anda. Anda juga perlu tahu produk pesaing agar boleh mengawal bantahan dan persoalan apabila perbandingan produk dilakukan.
Ramai peserta yang terlalu gopoh ingin menjana pendapatan sebelum mereka belajar konsep bisnes ini. Apabila tiada pendapatan masuk, mereka berhenti dan menyalahkan syarikat. Mereka ini tidak mahu membuang masa untuk latihan, membuat persembahan bisnes, membaca risalah syarikat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan produk.
Anda juga perlu belajar bagaimana untuk membuat persembahan tentang bisnes anda kepada orang lain. Jangan terlalu bergantung dengan ‘upline’ kerana ia akan menyebabkan bisnes anda gagal. 
4.  Mesti Sentiasa Fokus
Fokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana pendapatan. Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah pembinaan rangkaian. Lebih memburukkan keadaan, terdapat TERLALU banyak ‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalih perhatian anda di luar sana terutama di online menyebabkan anda perlu fokus yang tinggi kepada bisnes anda.
Bertindak mengikut fokus. Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan kemana.
Jangan jadi “Gila Pelbagai MLM”. Terdapat beberapa peserta dalam industri ini yang mempunyai kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, peserta professional seperti mereka ini tidak lah ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula part-time, mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya. Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited untuk jangka panjang akan berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus kepada satu syarikat ditambah pula beberapa syarikat. Membahagikan masa dan tenaga untuk pelbagai syarikat akan menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu syarikat sahaja.
5.  Mesti Bersikap Positif - Konsisten dan Jangan Mengalah (Quit)
Konsisten. Putrajaya tidak dibina dalam sehari, ia tidak dibina dalam 2, 3 bulan atau 12 bulan! Ia mengambil masa yang lama!. Begitu juga dengan bisnes ini. Ia mengambil masa untuk membina perhubungan dalam rangkaian yang kita bina. Ingat! Orang suka buat bisnes dengan orang dan bukannya syarikat. Jadi, anda mesti ambil masa untuk membina perhubungan mantap. Itulah dia konsep bisnes Pemasaran Rangkaian iaitu ‘membina perhubungan’. Anda mesti lakukan ini jika anda bercita-cita mencapai pendapatan yang diidam-idamkan.
Jangan Mengalah (Quit). Inilah perkara paling penting yang perlu difahami. Selama-lamanya anda tidak akan berjaya jika anda mengalah (quit). Ini yang dilakukan oleh majoriti peserta bisnes pemasaran rangkaian. Mereka bukan gagal tetapi sebaliknya mereka mengalah. Jika dilihat diatas kertas, segala-galanya boleh dicapai tetapi kenapa mengalah angkat bendera putih. Ya, memang terdapat faktor-faktor yang diluar kawalan anda tetapi jika anda memahami segala cabaran-cabaran yang perlu diatasi, anda akan berjaya menjadi pakar atau sifu bisnes ini di suatu hari kelak.
Berikan masa kepada diri anda sendiri untuk melihat hasil dari usaha anda di masa hadapan.
Selamat Berjaya!


“Dream BIG and Keep It SIMPLE” 

Cara aktifkan sim card

Cara SMS Untuk Aktifkan//Daftar SIMKAD Tunetalk-ToneExcel 

Perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas mendapatkan simkad tunetalk/toneexcel, adalah SMS ke nombor 
014-705 7769 maklumat di bawah ini. Anda boleh menggunakan mana-mana phone lain yang ada untuk menghantar SMS ini. Jangan gunakan simkad tunetalk tersebut, ia belum aktif dan belum boleh digunakan lagi. Waktu pendaftaran cara SMS ini adalah dari jam 9 pagi hingga jam 12 malam, 8 hari seminggu. (Maksudnya termasuk cuti umum dan tak umum la tu). Jika SMS dihantar selepas jam 12 malam, ia akan diaktifkan keesokkan harinya.




Cara SMS 1 : Untuk aktif simkad dan kekal no lama/bank sekali.


Taip 
ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip LineLama jarak taip NoLamajarak taip bank jarak taip noAcc jarak taip idp dan no id penaja anda

dan hantarkan ke 
014-705 7769 -(Mesti hantar sms melalui nombor yang ingin dikekalkan) 

Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)

ad ros binti orkid 80194321 760732013487 no.5 kampung keduak 77200  maxis 01212345678 maybank 162587654321 idp94996
(Selepas SIM aktif, pastikan Login Member area dan periksa maklumat akaun bank agar tiada kesilapan bagi tujuan pembayaran komisyen. Caranya lihat di bahagian bawah mukasurat ini)




Cara SMS 2 : Untuk aktif simkad/kekal no lama (jika tidak ingat no akaun bank) 

Taip 
ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip LineLama jarak taip NoLamajarak taip idp dan no id penaja anda
dan hantarkan ke 014-705 7769 -(Mesti hantar sms melalui nombor yang ingin dikekalkan)

Contohnya:
Anda taip seperti dibawah ini:
ad Jebon bin Jamesbond 80174321 300303091234 lot7 jln atas pokok 30299 digi 01687654321 idp94996

(Selepas SIM aktif, pastikan Login Member area dan masukkan akaun bank bagi tujuan pembayaran komisyen. Caranya lihat di bahagian bawah mukasurat ini)



Cara SMS 3 : Untuk aktif simkad/nak dapat nombor baru/bank sekali 

Taip 
ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip noPilihan1 jarak taipnoPilihan2 jarak taip noPilihan3 jarak taip bank jarak taip noAcc jarak taip idp danno id penaja anda

dan hantarkan ke 
014-705 7769

Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)

ad Ali bin Abu 80123445 660519013457 no.3 jalan bukit belacan tmn kunyit 80200 4567 5788 2344 maybank 162587654321 idp94996
PERHATIAN : noPilihan1noPilihan2 dan noPilihan3 adalah nombor cadangan yang anda inginkan (4 digit belakang sahaja). Namun, sekiranya ketiga-tiga pilihan tersebut tiada, maka anda akan diberi sebarang nombor. Itu sahaja risikonya.
(Selepas SIM aktif, pastikan Login Member area dan periksa maklumat akaun bank agar tiada kesilapan bagi tujuan pembayaran komisyen. Caranya lihat di bahagian bawah mukasurat ini)



**Peringatan:
 Bila anda sms guna handphone yang lain dahulu, jangan sms menggunakan simkad tunetalk yang baru tu, kerana simkad tersebut belum aktif lagi.




Penerangannya adalah seperti ini.

a) ad - adalah Kode Arahan aktif/daftar serentak. Iaitu aktifkan simkad dan terus daftar anda ke dalam Program

b) Nama penuh : Masukkan nama penuh anda atau pengguna baru.

c) NoSim8Terakhir: 8 no S/N terakhir - Dibelakang simkad tersebut ada no S/N, ambil 8 nombor terakhir.

d) NoIC atau no passport: Masukkan no IC atau no passport

e) Alamat : Alamat sehingga poskod sahaja, tak perlu masukkan bandar dan negeri.

f) noPilihan1: Nanti no tunetalk akan berbentuk seperti ini 010 - XXX XXXX. 4 nombor terakhir kita boleh pilih, jadi anda boleh bagi cadangan 3 nombor 4 digit yang anda minat. Seperti no kereta anda ke, no motor anda ke, tahun anda lahir ke, apa-apa no 4 digit yang anda suka, berikan 3 contoh. Nombor pilihan ini tetap kena berikan walau pun anda ingin mengekalkan nombor lama.

g) LineLama: Jika ingin terus mengekalkan no lama, sila sertakan Line lama anda, contohnya seperti Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade

h) NoLama: Masukkan sekali nombor lama anda.

i) Bank dan No account. Jika anda ingin kami memasukkan maklumat bank anda kedalam sistem ToneExcel, anda boleh masukkan sekali nama bank dan nombor akaunnya sekali.

j) idp-adalah ID Penaja anda: Pastikan anda taip idp dahulu dan selepas itu masukkan id penaja anda. Jangan sesekali silap memasukkan id penaja ini, kerana jika tersilap maka ia akan masuk di bawah orang lain, dan kesilapan ini tidak dapat diubah atau dibetulkan lagi.  
Jangan silap id penaja, jangan silap id penaja,  jangan silap id penaja. 
Ingat Penaja anda: 
idp94996 namanya adalah Zamri Tom  jika penaja anda orang lain, sila masukkan ID dia yang betul.



Tambahan:

1. Sekiranya SETELAH anda membuat pendaftaran secara Ad, tetapi ketika itu anda tidak bercadang kekalkan no lama, anda boleh buat kemudian pengekalan nombor lama menggunakan kod dibawah ini.

pt  NamaPenuh   NoSimkad8Terakhir   NoIC   Alamat  LineLama  NoLama


hantar ke 014-705 7769 
(Mesti hantar sms melalui nombor yang ingin dikekalkan)

2. Sekiranya SETELAH anda membuat pendaftaran secara Ad, tetapi ketika itu anda tidak memasukkan maklumat bank, andaa boleh buat kemudian dengan menggunakan kod dibawah ini.

bn   NamaPenuh   NoIC   NoID   Bank  NoAccount


hantar ke 014-705 7769
 (Mesti hantar sms melalui nombor yang ingin dikekalkan)




** Peringatan: PERKARA YANG LANGSUNG TAK BOLEH SILAP DAN PERKARA YANG PENTING -Sila jangan tinggalkan untuk baca perkara di bawah sehingga habis. 

1. Ingat, dua perkara yang langsung anda tidak boleh buat silap iaitu 8 no simkad terakhir dan ID penaja. Jika tersilap no simkad, anda kena ganti RM80, jika tersilap IDP penaja, ia tidak akan boleh diubah lagi, jawapnya ia jadi downline orang lain.


2. Selepas anda buat SMS tu, tunggu lebih kurang 1 jam sehingga anda dapat reply dan apabila mendapat message berjaya sila tanggalkan simkad tersebut, masukkan kedalam handphone dan buat satu SMS ke mana-mana handphone yang lain.Pastikan anda buat satu SMS. Jika tidak, upline anda tidak akan mendapat komisyen RM20 dan simkad anda akan expired selepas 14 hari. Kalau kad expired, maknanya kad tersebut dah tak boleh guna lagi, rugi RM80 je.

3. Selepas pendaftaran anda berjaya, anda sebenarnya sudah mempunyai web office anda sendiri, kalau nak tahu maklumat downline anda, jumlah komisyen anda dan macam2 lagi. 

Untuk Login ke dalam Member Area / web office anda, login ke 
www.toneexcel.com 
Username: Adalah IC anda, tanpa jarak
Password : 1234 (Itu adalah password sementara, anda boleh ubah kemudian) 

4. Kepada sesiapa yang mengekalkan no lama, proses ini mengambil masa paling lama adalah 48 jam untuk pertukaran no ke simkad toneexcel, paling cepat saya pernah jumpa adalah 2 jam. Tetapi jika selepas 48 jam, nombor masih belum bertukar, ini bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak telco lama anda. Biasanya disebabkan no lama itu bukan didaftarkan dengan IC anda.

5. Terlalu ramai orang yang menyertai bisnes ini terlupa nak masukkan maklumat bank kedalam toneexcel, menyebabkan mereka tidak dapat menerima komisyen/bonus. Jika anda ingin update maklumat bank anda sendiri, anda boleh masuk kedalam web office anda sendiri, dan klik di "Bank Info"






** Peringatan untuk mengekalkan no lama:
Jika anda ingin mengekalkan no lama, ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

1) Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulutinggalkan lebih kurang seringgit (RM1) sahaja. Jika tidak bila anda buat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.

2) Save kan dahulu no handphone yang ada pada simkad lama tersebut pada handphone anda, jika tidak selepas port in, semua no phone yang ada pada simkad tersebut akan hilang.

3) Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke mesin ATM , tukarkan nombor handphone penerima TAC tersebut kepada nombor lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktiviti reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam nombor handphone port in saya. 

Nasihat Mazelan Abas bernilai RM200,000 dalam TUNETALK TONE EXCEL

Pengenalan